Wednesday, 30 November 2016

GOLONGAN KATA TUGAS : Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis


  a. Kata Hubung
kata penghubung ialah kata penyambung ayat , iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis .
 b. Kata Seru 
kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah , sedih , gembira , sakit , hairan , kagum , terkejut dan sebagainya. Cara penggunaanya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nnada meninggi dan menurun .
 c. Kata Tanya 
kata tanya ialah perkataanyang digunkan untuk menanyakan sesuatu , contohnya mengapa , berapa , bila , bagaimana.
 d. Kata Perintah 
kata perintah ialah perkataan yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan , larangan , silaan atau permintaan.
 e. Kata Pangkal Ayat
kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacanan . Namun begitu , kata pangkal ayat ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu klasik , misalnya hatta,maka,arakian,syahadan.
 f. Kata Bantu
kata bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja , frasa adjektif dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbullkan makna - makna tambahan dari aspek waktu atau ragam .
 g. Kata Penguat
kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
 h. Kata Penegas 
kata penegas juga disebut partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian - bahagian tertentu dalam ayat.
 i. Kata Nafi 
kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat , iaitu frasa nama , frasa kerja , frasa adjektif dan frasa sendi nama.
 j. Kata Pemeri 
kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa - frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu adalah ialah dan adalah.
 k. Kata Sendi Nama 
kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa - frasa dalam ayat.Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat.
 l. Kata Pembenar 
kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar ialah ya , benar dan betul.
m. Kata Arah
kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.
n. Kata Bilangan 
kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang , benda atau perkara.
o. Kata Adverba 
kata adverba ialah perkara yang menerangkan kata kerja,kata adjektif , kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara , masa dan tempat.
p. Kata Penekan 
kata penekan merupakan satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan melekat selepas perkataan.Bentuk kata tersebut ialah -nya , yang terdapat fungsi sebagai penekan atau pembenda.
q. Kata Pembenda
kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya , sejuknya , panasnya.

No comments:

Post a Comment